Assalammualaikum semua dan selamat datang ke blog hamba yang serba kekurangan.Terima kasih kerana sudi menjenguk blog hamba walaupun hanya sepintas lalu.Empunya diri ini seorang hamba Allah yang amat sederhana,pemalu tetapi penyayang,mudah mesra,dengan sesiapa saja dan hamba yang sedang mencari hidayah illahi serta cuba sedaya upaya untuk memperhambakan diri kepadaNya.Sebaik-baiknya manusia adalah orang yang tahu berpatah balik apabila sedar akan kesilapan yang lalu.Carilah cinta illahi itu dengan mengenali Allah tanpa syarat kerana hidup dan mati kita sukar diramal dan pastinya kematian itu sesuatu yang benar.Tebuslah setiap kesilapan kita dengan bertaubat serta tingkatkan amalan kerana belum pasti amalan kita yang baru bermula mampu membayar setiap dosa-dosa yang lalu.Bersyukurlah kepada Allah kerana masih diberi ruang kepada kita untuk mengubah serta dapat memperbaiki diri.semoga taubat kita semua dapat diterima olehNya..amiin..

No comments: