Showing posts with label Novelku. Show all posts
Showing posts with label Novelku. Show all posts

~~ Airmata Aleyssa ~~ Bab 4

"Syukur alhamdulillah dengan setiap ujianMu ya Allah...aku tidak akan jadi setabah ini kalau bukan kerana dugaanMu,aku tidak akan setenang ini kalau bukan mengingatiMu..dulu aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menenangkan fikiran tapi kini aku tahu satu-satunya penawar yang paling membahagiakan diriku..syukur padaMu ya Allah..walaupun terlalu sukar hidup ini tapi kini aku cukup bahagia kerana lebih mencintaiMu".. senyuman Aleyssa akhirnya terukir di bibir keringnya.Dia tahu itulah satu-satu jalan baginya yang mampu mendamaikan kedukaannya.Saban hari Aleyssa tidak putus-putus berdoa,bibirnya tidak lekang dari berzikir,matanya tidak sesekali memanjangkan lena untuk bangun di tengah malam,semuanya kerana terlalu mengharapkan keredhaan dari Allah s.w.t.Aleyssa sedar selama ini dia terlalu taksub untuk mengingatiNya,terlalu malas untuk mempelajari setiap isi kandungan Al-Quran yang telah banyak mengubah hidup Aleyssa."...Ya Allah...ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah... rintih Aleyssa.Dia sangat menyesal kerana terlalu lewat mengenali Allah sehingga bermacam-macam keluhan yang tidak sepatutnya mencaci Allah."...Aku malu Ya Allah..aku terlalu hina,diriku terlalu kotor..aku telah banyak berdosa kepadaMu...ampunkanlah aku ya Allah..aku takut dengan azabMu..aku tidak mahu tergolong di antara orang-orang yang Engkau murkai..aku takut api neraka.."..rintih Aleyssa lagi.Telekungnya basah dengan airmata penyesalan yang teramat sangat."Ya Allah..aku tidak meminta kebahagiaan di dunia yang sementara ini tetapi aku impikan kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak.Aku pintakan istana syurga,aku ingin mula menanam pohon-pohon syurga di dunia untuk persiapan menawan syurgaMu..aku ingin memiliki cintaMu ya Allah,aku tahu ujian ini tanda kasih sayangMu terhadap diriku..".Aleyssa berusaha sedaya upaya untuk berubah dari segi akhlak dan penampilan.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berpurdah.Tidak ada niat yang terselindung selain ikhlas kerana Allah.Aleyssa tidak pernah membazirkan masa untuk bersosial di Facebook lagi dan tumpuannya kini hanyalah pada buku-buku agama.Itulah rutin harian Aleyssa yang semakin hari telah banyak berubah.Isteri-isteri Nabi menjadi ikutan dan panduan Aleyssa untuk menjadi isteri solehah.Tidak ada lagi suara lunaknya yang mendayu-dayu apabila dihimpit kesedihan.Setiap gerak geri dan tutur kata Aleyssa semakin mempersona setiap kawan-kawannya yang datang berkunjung.Dalam nada lembut dan bersopan santun Aleyssa merendahkan diri tanpa sedikitpun perasaan riak.Aleyssa berusaha melawan setiap perasaan negatif yang tidak pernah  sunyi dari bisikan syaitan yang datang untuk menghasut.Setiap pelajaran yang dibaca Aleyssa digunakan sebaik-baiknya supaya tidak tertipu dengan tipu daya syaitan.Aleyssa tersenyum puas."aku berjaya mengawal perasaanku..Alhamdulillah..semuanya keranaMu ya Allah..".Setiap manusia yang diuji pastinya akan hilang kewarasan sehingga ada yang sanggup mengorbankan nyawa di tangan sendiri.Tetapi ingatlah,sesiapa yang membunuh diri atas apa jua alasan tidak akan ada perhitungan dan pastinya penyesalan yang mengiringi dan berterusan buat selama-lamanya.

~~ Airmata Aleyssa ~~ Bab 3

Saban hari Aleyssa semakin muram.Tiada lagi senyum yang terukir di bibir.Dia tidak pernah mengharapkan sesuatu yang lebih berharga dalam hidupnya.Kasih sayang yang ikhlas itulah yang diharapkan untuk mengembalikan
keceriaan yang hilang dalam diri Aleyssa.Aleyssa seorang wanita yang tabah.Sebelum ini sering diuji namun tidak pernah gentar menghadapinya.Aleyssa seorang wanita yang kurang pendidikan agama tetapi menyimpan sebuah hasrat murni
untuk menjadi pendakwah kepada insan-insan yang disayanginya.Sebelum ini Aleyssa telah dilamar ramai lelaki tetapi menolak mereka kerana ingin mencari sinar illahi dari seorang suami yang boleh membimbing dan memimpinnya ke syurga.Tekad dan kerana cinta yang mendalam terhadap agama,Aleyssa sanggup menolak lamaran dari seorang lelaki yang berpangkat Dato.Kalau diturutkan hati dia girang untuk terima lamaran itu dan bayangan kesenangan dengan limpahan kekayaan tapi itu bukan kebutaan Aleyssa.Dia sanggup menutup hatinya untuk kesenangan duniawi kerana dia lebih cintakan Allah yang maha esa.Sebelum bernikah,Aleyssa menyimpan tekad untuk menjadi isteri solehah dan yang terbaik kepada lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.Begitulah kesungguhan hati Aleyssa yang menjadi rebutan setiap lelaki yang pernah singgah dalam hidupnya.
"Ya Allah..hanya kepadaMu tempatku berserah,aku rela diperlakukan apa saja
tapi jangan pisahkan aku dengan dia,walaupun sungguh berat untuk dilalui,aku rela menghadapinya"..Aleyssa seolah berputus asa tapi masih mengharap ada sinar untuknya.Bagaimana selepas ini??apakah yang akan berlaku kepada Aleyssa?
nantikan babak ceritanya pada minggu hadapan..:-)

~~ Airmata Aleyssa ~~ Bab 2

"Ah..tidak mengapa..aku tidak kisah diperlakukan begini Ya Allah..aku redha
dengan setiap kehendakMu.Cuma pintaku tabahkanlah hati ini menghadapinya.
Satu-satunya Kalimat yang dia ada ketika hatinya dikocak kedukaan:



Ya Allah...!  

Tuhan sekalian alam,
Yang maha pengasih lagi maha penyayang
Maha mendengar dan Maha mengetahui
Maha bijaksana,Maha adil,maha pemurah
Maha mengasihani dan
segala sifat terpuji hanya layak untukMU

Ya Allah..!
Aku adalah hambaMu yang terlalu kerdil
Sedang meneroka alamMU yang penuh pancaroba 
Hamba yang sedang dalam kekeliruan
Meredah setiap onak dan duri
Yang melukakan sesusuk tubuh kerdilku 
Demi mencapai puncak destinasi
kejayaan cemerlang menerjah setiap ujianMu


Ya Allah..!
Tiada tempatku mengadu selainMu
Tiada tempat ku bergantung harap selain kepadaMu
Aku redha dengan setiap dugaanMu
Ku sahut dengan selebar senyuman
Pedih..namun sabar tidak pernah lenyap dalam diriku 
Ku hanya meminta sesuatu yang tidak keterlaluan
"TABAHKANLAH HATIKU" Ya Allah..
Hanya itu permintaanku
Perkenankanlah doaku ini Yaa Allaah..
Aku merayu kepadaMu
Semoga memberi lebih HidayahMu
untukku jadikan kekuatan dalam perjuanganku.

~~ Airmata Aleyssa ~~ Bab 1

    Malam pekat tanpa rembulan,sunyi sepi tanpa cengkerik begitulah
diibaratkan hati Aleyssa ketika ini.Yang berlagu hanyalah desiran kipas 
yang semakin tua.Aleyssa merenung jauh mengenangkan sesuatu yang mengusik 
nalurinya seorang isteri."Allah..Allah..Allah......."..bibirnya tidak pernah berhenti untuk berzikir sambil memegang tasbih.Disisinya sebuah buku yang berjudul "Janganlah Bersedih",buku yang baru separuh bacaannya.Hanya itu kudrat yang dia ada untuk melawan segala kesedihan dengan tubuh lesu tidak bermaya seolah-olah seorang pesakit.Sesekali dia mengesat airmatanya dengan selimut,matanya merah bengkak dan kesengsaraannya jelas kelihatan.
"Ya Allah...dengarkan aku.."suaranya serak tersekat-sekat."dengarkan aku Ya Allah
aku tidak pernah pinta begini,pedihnya Ya Allah..tabahkan hatiku.."airmatanya semakin deras mengalir.Dia mencapai sesuatu sambil memegang pen,menulis sesuatu ke dalam buku diary."Mengapa..aku yg terpilih Ya Allah..."..aku letih..aku tak sanggup menghadapinya lagi..tolonglah aku..tolong lepaskan aku dari semua ini..
aku bukan mengeluh tapi apa lagi yang terdaya olehku"..Allah tolonglah aku..tolonglah aku melepasinya"..begitulah rintihan Aleyssa sepanjang malam itu sambil menekup mulutnya dengan bantal kerana bimbang tangisannya itu di dengari 
anak-anak kecilnya.Sesekali dia menyelak langsir seolah-olah menunggu seseorang.
Ya..dia terlalu mengharapkan insan yang terlalu dia sayangi untuk datang dan memujuk kedukaan serta merawat luka-luka hati yang semakin parah.Namun bayangan suami yang di cintainya semakin jarang datang mengubati kerinduan Aleyssa.Hidup sepi tanpa sesiapa.Seolah -olah hidup yang tersingkir yang dahagakan kasih sayang seorang suami.Susuk tubuh Aleyssa kini kelihatan semakin melidi dengan wajah cengkung yang dulu seorang yang ceria."Inikah dugaanku Ya Allah..inikah dia yang aku kenali dulu..dia kah.."Aleyssa menangis lagi,dia terlalu sedih mengimbas kembali bagaimana dia berkenalan dengan lelaki itu dulu yang akhirnya kini menjadi suami sah Aleyssa.Dia membelek-belek mesej dalam telefon bimbit,tangisannya semakin kuat apabila membaca setiap janji-janji yang tersimpul yang akhirnya terlerai selepas pernikahan.Masih adakah ruang untuk Aleyssa di hati suaminya.Itulah persoalan yang sentiasa bermain di kotak fikiran Aleyssa.
Perhubungan masih samar.Dia diletakkan ditempat yang terlalu sukar untuk diterima oleh setiap wanita.Tidak mungkin seorang wanita sanggup menerima pilihan itu kecuali yang kurang waras akalnya.Walaupun Aleyssa berfikiran waras tapi dia telah kalah dengan kesetiaan cinta yang ada dalam dirinya.Dia sanggup diperlakukan apa saja walaupun terpaksa melukakan hati dan menyeksakan hidup.Itulah kelemahan yang sukar hilang dalam dirinya sehingga sewenang-wenangnya dianiaya tanpa memikirkan penderitaan seseorang yang memikul.Keluhuran cinta dan sayang Aleyssa yang menganggap suaminya itu adalah nyawa dan akan mati kehilangannya.








99

uu