~Hadith-Hadith Nabawi~

~Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
"Iman itu lebih daripada 70 cabang,yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan Laa ilaha illallah (Tiada Tuhan yang patut disembah kecuali Allah)dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan,dan malu itu satu cabang daripada iman".
(H.R.Muslim)~

~Daripada Hazrat Abu Bakar Siddiq R.Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Barangsiapa menerima kalimah yang aku sampaikan kepada pakcikku 
(Abu Talib ketika hampir kematiannya namun dia menolaknya)nescaya 
kejayaan baginda"(H.R.Ahmad)~



~Daripada Abu Hurairah katanya,bahawa Rasulullah bersabda:
perbaharuilah iman kamu.Para sahabat bertanya:wahai Rasulullah bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda bersabda:perbanyakkanlah mengucap 
kalimah"Laa ilaha illallah.(H.R Ahmad,Tabrani,dan At-Targhib )~


~Dari Jabir bin Abdullah berkata:
Aku mendengar Rasulullah bersabda:
"Sebaik-baik zikir ialah Laa ilaha illallah dan sebaik-baik doa
ialah Alhamdulillah".(H.R Tarmizi)~

Keterangan:
Kalimah Taiyyibah dikatakan sebagai kalimah yang
paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama
tanpa kalimah ini keimanan dan keislaman seseorang tidak akan
diterima dan tertolak.Alhamdulillah dikatakan sebaik-baik
doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan.Dan doa ialah satu permintaan kepada Allah.(Mazahir Haq)

~Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
Tidaklah seorang hamba mengucapkan kalimah 
Laa ilaha illallah dengan ikhlas,
kecuali dibukakan baginda pintu-pintu langit sehingga 
ucapannya mencapai Arash (serta merta diterima)
dengan syarat orang yang mengucapkan menghindarkan diri dari dosa-dosa besar.(H.R.Tarmizi)~

Keterangan:
Menyebut dengan ikhlas bermaksud melakukannya tanpa riya'
dan nifaq iaitu sifat menunjuk-nunjuk dan pura-pura.
Sementara menjauhi dosa-dosa besar ialah syarat diterimanya
ucapan tersebut dengan lebih cepat lagi,namun
kalimah yang diucapkan ketika ia melakukan dosa -dosa besar,
ia masih tetap memberi menafaat dan menerima ganjarannya di sisi Allah.(Mirqat ul Mafatih)

~Dari Ya'la Ibnu Syaddad berkata:
Ayahku Syaddad bercerita kepadaku,yang pada ketika itu
Ubadah bin Samit hadzir membenarkan ceritanya.Dia berkata:
Satu ketika kami bersama Rasulullah.
Baginda bertanya,adakah orang-orang asing diantara kamu
(ahli kitab)? Kami menjawab,tidak wahai Rasulullah.
Kemudian baginda memerintahkan kami menutup pintu dan bersabda,
"Angkatlah tangan-tanganmu dan ucaplah
Laa ilaha illallah".
Maka kami mengangkat tangan-tangan kami beberapa saat kemudian
(dan mengucapkan kalimah)sesudah itu Nabi menurunkan tangannya dan bersabda,"Alhamdulillah,(segala puji bagi Allah).
Wahai Allah,sesungguhnya Engkau mengutuskan aku dengan Kalimah ini dan telah memerintahkan Aku(untuk mendakwahkannya)dan 
Engkau telah menjanjikan kepadaku syurga bagi siapa saja
yang mengucapkannya dan sesungguhnya Engkau tidak pernah 
memungkiri janji".
Kemudia baginda bersabda kepada sahabat,
"Bergembiralah kamu semua,sesungguhnya Allah telah mengampuni kamu.(H.R.Musnad Ahmad,Tabrani,Bazzar dan Majma uz Zawaid)~



















0






No comments: