~~Pesanan indah kepada penggantin baru daripada seorang ibu budiman~~~


"Hai,puteriku! Engkau akan berpisah dengan lingkungan tempat engkau dilahirkan dan akan engkau tinggalkan khemah tempat engkau ditatih dan dibesarkan menuju ke sebuah sarang yang sama sekali belum engkau ketahui,berdampingan dengan kawan yang belum engkau kenal akan sikapnya.Maka dengan kedudukannya selaku seorang pemilik dirimu,dia akan menjaga dan menguasai dirimu.Jadilah engkau sebagai hamba baginya supaya dia juga menjadi hambamu".
"Hai,puteriku! camkanlah olehmu sepuluh pesanku ini untuk dijadikan simpanan dan ingatan,iaitu:

~Bergaulah (pergaulilah suamimu) dengan sikap bertolak ansur.
~Bermuasyarahlah (dalam rumah tangga) dengan mendengar serta mentaati suamimu sebaik-baiknya.
~Peliharalah selalu (akan keindahan) apa-apa yang menjadi tujuan pandangan suamimu.Hilangkanlah( bau-  bau yang tidak sedap) dari tempat-tempat yang dapat dicapai oleh hidungnya.Janganlah sampai dia melihat sesuatu yang buruk daripada dirimu,kecuali bau yang wangi semerbak.
~Bercelaklah engkau dengan sebaik-baiknya.
~Air adalah sebaik-baik wangi-wangian apabila wangian tidak ada (maksudnya mandilah dengan sempurna sebelum berhadapan dengan suami).
~Peliharalah waktu makan suamimu dan tenanglah waktu dia tidur.Kerana perit dan panasnya lapar itu dapat membakar,manakala kurang tidur dapat membangkitkan kemarahan.
~Peliharalah rumah dan hartanya,tujukan perhatianmu terhadap dirinya,harga diri  (kehormatannya) dan ahli keluarganya.Kerana memelihara harta bendanya itu merupakan penghargaan yang baik,memberi perhatian
kepada ahli keluarga dan harga dirinya merupakan perbuatan yang terpuji.
~Janganlah engkau bocorkan rahsianya,jangan engkau bantah suruhannya.Kerana apabila rahsianya telah engkau bocorkan,engkau tidak akan terlepas dari kemarahannya,dan apabila engkau bantah kata-katanya
bererti engkau menyempitkan dadanya.
~Jauhilah rasa gembira,tatkala suamimu sedang dirundung kesusahan dan kesedihan dan jangan pulalah engkau bersikap murung,tatkala suamimu sedang gembira.
~Hendaklah engkau bersungguh-sungguh mengagung dan menyanjung suamimu supaya dia memuliakan engkau.Bersungguh-sungguh engkau dalam menyetujui pendapat,buah fikiran atau rancangan hidupnya yang tidak bersalahan dengan nilai-nilai agama agar dia lebih lama mendampingi dirimu.


Ketahuilah olehmu wahai puteriku! Bahawa engkau tidak akan memperolehi sesuatu yang engkau ingini,kecuali engkau mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu,mendahulukan keinginannya daripada keinginanmu terhadap sesuatu yang kamu sukai dan kamu benci.Allah akan memilihkan yang baik buatmu".

{Inilah sebahagian daripada contoh teladan yang wajar menjadi pegangan para isteri mukminat yang kemudiannya dapat dai laksanakan pelbagai perkara demi memelihara kesinambungan hidup dalam rumah tangga daripada masalah kegoncangan}.


No comments: