~~ Airmata Aleyssa ~~ Bab 1

    Malam pekat tanpa rembulan,sunyi sepi tanpa cengkerik begitulah
diibaratkan hati Aleyssa ketika ini.Yang berlagu hanyalah desiran kipas 
yang semakin tua.Aleyssa merenung jauh mengenangkan sesuatu yang mengusik 
nalurinya seorang isteri."Allah..Allah..Allah......."..bibirnya tidak pernah berhenti untuk berzikir sambil memegang tasbih.Disisinya sebuah buku yang berjudul "Janganlah Bersedih",buku yang baru separuh bacaannya.Hanya itu kudrat yang dia ada untuk melawan segala kesedihan dengan tubuh lesu tidak bermaya seolah-olah seorang pesakit.Sesekali dia mengesat airmatanya dengan selimut,matanya merah bengkak dan kesengsaraannya jelas kelihatan.
"Ya Allah...dengarkan aku.."suaranya serak tersekat-sekat."dengarkan aku Ya Allah
aku tidak pernah pinta begini,pedihnya Ya Allah..tabahkan hatiku.."airmatanya semakin deras mengalir.Dia mencapai sesuatu sambil memegang pen,menulis sesuatu ke dalam buku diary."Mengapa..aku yg terpilih Ya Allah..."..aku letih..aku tak sanggup menghadapinya lagi..tolonglah aku..tolong lepaskan aku dari semua ini..
aku bukan mengeluh tapi apa lagi yang terdaya olehku"..Allah tolonglah aku..tolonglah aku melepasinya"..begitulah rintihan Aleyssa sepanjang malam itu sambil menekup mulutnya dengan bantal kerana bimbang tangisannya itu di dengari 
anak-anak kecilnya.Sesekali dia menyelak langsir seolah-olah menunggu seseorang.
Ya..dia terlalu mengharapkan insan yang terlalu dia sayangi untuk datang dan memujuk kedukaan serta merawat luka-luka hati yang semakin parah.Namun bayangan suami yang di cintainya semakin jarang datang mengubati kerinduan Aleyssa.Hidup sepi tanpa sesiapa.Seolah -olah hidup yang tersingkir yang dahagakan kasih sayang seorang suami.Susuk tubuh Aleyssa kini kelihatan semakin melidi dengan wajah cengkung yang dulu seorang yang ceria."Inikah dugaanku Ya Allah..inikah dia yang aku kenali dulu..dia kah.."Aleyssa menangis lagi,dia terlalu sedih mengimbas kembali bagaimana dia berkenalan dengan lelaki itu dulu yang akhirnya kini menjadi suami sah Aleyssa.Dia membelek-belek mesej dalam telefon bimbit,tangisannya semakin kuat apabila membaca setiap janji-janji yang tersimpul yang akhirnya terlerai selepas pernikahan.Masih adakah ruang untuk Aleyssa di hati suaminya.Itulah persoalan yang sentiasa bermain di kotak fikiran Aleyssa.
Perhubungan masih samar.Dia diletakkan ditempat yang terlalu sukar untuk diterima oleh setiap wanita.Tidak mungkin seorang wanita sanggup menerima pilihan itu kecuali yang kurang waras akalnya.Walaupun Aleyssa berfikiran waras tapi dia telah kalah dengan kesetiaan cinta yang ada dalam dirinya.Dia sanggup diperlakukan apa saja walaupun terpaksa melukakan hati dan menyeksakan hidup.Itulah kelemahan yang sukar hilang dalam dirinya sehingga sewenang-wenangnya dianiaya tanpa memikirkan penderitaan seseorang yang memikul.Keluhuran cinta dan sayang Aleyssa yang menganggap suaminya itu adalah nyawa dan akan mati kehilangannya.








No comments: