~~ Airmata Aleyssa ~~ Bab 3

Saban hari Aleyssa semakin muram.Tiada lagi senyum yang terukir di bibir.Dia tidak pernah mengharapkan sesuatu yang lebih berharga dalam hidupnya.Kasih sayang yang ikhlas itulah yang diharapkan untuk mengembalikan
keceriaan yang hilang dalam diri Aleyssa.Aleyssa seorang wanita yang tabah.Sebelum ini sering diuji namun tidak pernah gentar menghadapinya.Aleyssa seorang wanita yang kurang pendidikan agama tetapi menyimpan sebuah hasrat murni
untuk menjadi pendakwah kepada insan-insan yang disayanginya.Sebelum ini Aleyssa telah dilamar ramai lelaki tetapi menolak mereka kerana ingin mencari sinar illahi dari seorang suami yang boleh membimbing dan memimpinnya ke syurga.Tekad dan kerana cinta yang mendalam terhadap agama,Aleyssa sanggup menolak lamaran dari seorang lelaki yang berpangkat Dato.Kalau diturutkan hati dia girang untuk terima lamaran itu dan bayangan kesenangan dengan limpahan kekayaan tapi itu bukan kebutaan Aleyssa.Dia sanggup menutup hatinya untuk kesenangan duniawi kerana dia lebih cintakan Allah yang maha esa.Sebelum bernikah,Aleyssa menyimpan tekad untuk menjadi isteri solehah dan yang terbaik kepada lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.Begitulah kesungguhan hati Aleyssa yang menjadi rebutan setiap lelaki yang pernah singgah dalam hidupnya.
"Ya Allah..hanya kepadaMu tempatku berserah,aku rela diperlakukan apa saja
tapi jangan pisahkan aku dengan dia,walaupun sungguh berat untuk dilalui,aku rela menghadapinya"..Aleyssa seolah berputus asa tapi masih mengharap ada sinar untuknya.Bagaimana selepas ini??apakah yang akan berlaku kepada Aleyssa?
nantikan babak ceritanya pada minggu hadapan..:-)

No comments: